Posted by
Rabiatul Adauwiyah Bt Mohd Pauzi
comments (0)
salam buat saudara seakidahku.
moga nikmat Iman dan Islam terus kekal dalam diri kita hingga ke penghujung nafas terakhir Insyaallah.
Pada saat ini umat Islam kebanyakannya sedang bersiap sedia untuk menantikan bulan yang penuh keberkatan yang mana sangat dinanti-nantikan orang2 mukmin sekalian iaitu bulan Ramadhan Kareem.Terdetik juga di hati kecil ini "Ya Allah dah nak masuk bulan puasa rupanya".Fikiran aku sejak beberapa bulan ini asyik memikirkan bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan. Pelbagai usaha dah dilakukan.merata negeri aku merantau untuk temuduga. Bukan setakat jawatan yang dikategorikan professional malah jawatan2 rendah dan tidak berkaitan dengan bidang pun dah dipohon.
Tak dinafikan aku kadang kala memang tidak kuat untuk mengharungi semua ini.Bayangkan sepanjang hidup aku semuanya dengan mudah aku peroleh hingga ke peringkat ijazah yang aku baru tamatkan baru2 ini pun dek kerana keputusan setiap peperiksaan yang diperoleh Alhamdulillah agak baik.Aku sentiasa berusaha untuk kuatkan diri dengan pergantunganku semata-mata pada Allah.Aku yakin Allah pasti sedang mengangkat darjat ku andai aku sabar mengharungi semua ini.Kepada Allah jua aku bermohon dipermudahkan segalanya.
Terdetik juga di fikiran aku ini "mahal sangat ke harga sebuah pengalaman sehingga ilmu yang diperoleh perlu dibuang ke tepi". Kebanyakan pekerjaan mahukan kepada pengalaman. Bagaimana kami yang baru nak bertatih mengenal dunia pekerjaan hendak bermula jika peluang tidak diberi?Entah pada siapa aku patut lontarkan persoalan ini.Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ku ini tetapi ini luahan hati yang lahir bersama linangan air mata yang sangat memerlukan pekerjaan. Bukan memilih dalam pekerjaan walaupun jawatan2 rendah pun dengan senang hati diterima jika peluang diberi. Tetapi apabila diberitahu tidak punya pengalaman kerja dan merupakan lepasan universiti pasti berat untuk mereka memberikan pekerjaan. Rasanya semua patut diberi peluang sama rata kerana pasti semuanya sudah sedia maklum bukan mudah untuk mendapat pekerjaan pada waktu ini apatah lagi dengan persaingan yang begitu hebat.
Ramai yang menasihatkan supaya bermula daripada bawah. Bagaimana untuk bermula daripada bawah jika yang bawah pun tidak diberikan peluang.Kadang kala aku buntu dan tak dapat menahan air mata yang sentiasa nak mengalir kalau memikirkan hal ini. Aku tidak diajar untuk menipu dan tak pandai untuk menipu. Memang perkara yang diceritakan bukan dari hati tidak mampu melahirkan kejujuran di riak wajah.
How to gain experience if the chances not given???Every person who had been an expert right now started from a beginner and without experience at first.Please think about it.
~feel bored and give up of being a job hunter~

Labels:
rintihan hati
Posted by
Rabiatul Adauwiyah Bt Mohd Pauzi
comments (0)
salam kerinduan buat saudara seakidahku sekalian
sudah lama rasanya tiada pena yang menari untuk mengisi sesuatu di sini. Adakah kerana terlalu sebok dengan urusan yang tidak diketahui atau sudah tidak ada perasaan untuk menulis dan berkongsi sesuatu lagi wallahua'lam?
Di saat dan ketika aku menulis ini aku sudah bergelar seorang bekas mahasiswa.Satu tempoh pengajian secara formal yang dirasakan sangat panjang.Pelbagai ujian dan cabaran perlu dilalui untuk sampai ke tahap seperti sekarang.Walaubagaimanapun tempoh pembelajaran seseorang itu tidak akan pernah tamat selagi nyawanya belum diambil tuhan.
Dan sehingga saat dan ketika ini juga entah berapa kali air mata ini sering mengalir mengenang nasib diri yang entah bila boleh mampu untuk hidup berdikari. Kalau aku menurut kepada kata nafsu pasti syariat agama dibelakangkan tapi kerana kita ini punya iman dan akidah yang mana kebahagiaan akhirat itu menjadi matlamat utama semua yang menyalahi syariat itu dilawan dan dibuang sejauh-jauhnya dari fikiran ini.
Aku yakin Allah pasti mendengar doa2 dan rintihan hati hambaNya.Jika tidak dikabulkan hari ini mungkin esok atau lusa. Jika tidak di dunia pasti di akhirat ada janjinya. Aku sangat yakin bahawa setiap yang Allah takdirkan berlaku dalam hidup seseorang itu pasti ada hikmahnya.Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Pasti ada sesuatu yang lebih baik telah tertulis dan tersedia buatku suatu hari nanti.Aku akan terus menanti, berusaha dan tidak akan pernah berhenti berdoa dan merintih pada kekasihku Ya Allah yang sangat aku rindukan pertemuan denganNya.
Setiap orang punya matlamat dan cita2 dalam hidupnya.Moga Allah mempermudahkan segalanya buat diriku.Moga Allah terus menetapkan iman ku dan mengurniakan aku hidayah berterusan sepanjang hidupku.Moga Allah beri aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menghadapi segala ujian hidup yang mana jika sabar hatinya maka ia menjadi kifarah kepada dosa2 kita yang lalu.moga penghujung kehidupan kita adalan Husnul Khatimah dan beroleh merasai nikmat syurga yang tidak tergambar dek akal fikiran kita.
Wallahualam.
~rintihan hati seorang hamba yang sangat kerdil~