Apa khabar semua? Kini, saya dan rakan-rakan perlu meneruskan lagi perjuangan baru bagi semester baru yang agak mencabar. Hari ini merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke klinik dietetik pesakit luar. Sememangnya teori dan praktikal itu benar2 berbeza pengalaman dan caranya. Banyak lagi perkara perlu diperbaiki bagi menampung kelemahan diri jika saya mahu menjadi seorang dietitian yang baik suatu hari nanti untuk menyumbang kepada masyarakat.
Saya tak pernah meletakkan cita-cita saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini suatu ketika dahulu. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya yang terbaik buat hambanya. Alhamdulillah saya memang sangat berminat untuk mendalami bidang ini sekarang. Bidang pemakanan ni memang dekat dengan kita. Tiap2 hari kita makan dan segala penyakit juga bermula kebanyakan dari pemakanan seharian. Oleh sebab itu, Rasulullah pernah mengingatkan kita supaya bersederhana dalam semua perkara termasuk pemakanan-"Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang"
Baru2 ni saya berkesempatan mendengar kuliyah disampaikan ustaz Fatah tentang memburu berkat dalam belajar. Syarat utama bagi kita untuk memburu keberkatan dalam belajar adalah bermula dengan niat yang baik, perlu ada keikhlasan dalam menuntut ilmu, menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan sesama manusia (Rasulullah sallallahualaihiwasalam, ibubapa, guru dan rakan2.
Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab R.A berkata,aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal yang sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya.Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hjrahnya itu menuju yang ia ingini”.
(Bukhari dan Muslim)
Kita perlu muhasabah kembali diri sendiri mengapa kita belajar? Adakah kerana paksaan ibubapa? atau kerana mahukan pangkat tinggi, gaji yang mahal atau mahu disanjung tinggi oleh masyarakat kerana ketinggian ilmu? Entahla saya pun kadang2 pernah terfikir perkara2 ni. Kita sebagai seorang muslim sepatutnya menuntut ilmu sebagai tanda perhambaan kita kepada Allah dan untuk beramal kepadaNya. Dengan ilmu yang kita ada, kita dapat membantu masyarakat di sekeliling dan menyumbang kepada agama sebelum mereka yang bukan Islam mengambil peluang ini. Mereka yang bukan Islam sentiasa mengintip peluang untuk membantu masyarakat disamping menyebarkan fahaman mereka sedikit demi sedikit. Seorang doktor yang bertaqwa mampu membantu pesakitnya mendekatkan diri kepada Allah. Banyak dikalangan pesakit di hospital yang tidak bersolat dan berasa dukacita dengan kesakitan yang dialami. Alangkah indahnya jika ramai dari kalangan doktor muslim boleh membantu mengingatkan pesakitnya untuk melaksanakan perintah Allah dan redha dengan ketentuannya. Pesakit selalunya lebih yakin dengan kata2 doktor sebab mereka mahu sembuh daripada penyakit. Professional muslim bukan sahaja merawat fizikalnya tetapi juga merawat spiritualnya.
Seorang ahli professional yang baik seperti seorang doktor muslim mampu menyumbang dengan menubuhkan yayasan atau persatuan bagi membantu memberi rawatan percuma kepada golongan miskin dan bukannya membuka klinik dan mengenakan bayaran yang tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh golongan yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah. Kita semua adalah hamba Allah tak kira kaya atau miskin, kerja sebagai doktor atau sebagai petani. Semuanya perlu diberi hak dan layanan yang sama. Secara jujurnya saya sangat kagum dengan Syed Bukhari yang melakukan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat terutama golongan miskin. Walaubagaimanapun semuanya perlu kepada ilmu.
Konsep niat ini mempunyai implikasi yang besar kepada kita. Bayangkan jika niat kita sudah lari dari tujuan asal, setiap yang kita lakukan seterusnya juga akan lari dari jalan yang sebenar. Soal keberkatan juga akan timbul impak daripada niat yang tidak baik yang membawa kepada hasil rezeki yang diperoleh.
Seterusnya, walau sesibuk manapun kita, hubungan dengan Allah perlu dijaga dengan melakukan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya. Saya juga mengingatkan diri ini yang seringkali alpa. Janganlah kerana keletihan dan kesibukan, kita melengah-lengahkan solat, tidak mempu meluangkan masa untuk ke masjid bagi bersolat berjemaah dan berada dalam majlis ilmu. Akhirnya, kita perlu jaga hubungan sesama manusia. Kita harus mengamalkan sunnah Rasulullah, jaga hubungan dengan ibubapa, guru2 dan rakan2. InsyaAllah kita mampu memperoleh keberkatan dalam menuntut ilmu dan seterusnya dalam segala urusan kehidupan.
Alhamdulillah saya baru pulang setelah mengikuti lawatan Rakan Masjid Pusat Islam USMKK ke Kuala Lumpur( Masjid Wilayah Persekutuan dan PERKIM) dan Universiti Teknologi Petronas di Perak. Lawatan ini diadakan untuk sama-sama bertukar pendapat bagi memantapkan lagi kepimpinan dan program-program dakwah yang dijalankan di tempat masing-masing.
Di Masjid Wilayah Persekutuan
Masjid ini menjadi pusat untuk pelbagai aktiviti masyarakat dengan pelbagai kemudahan seperti adanya Sekolah Rendah Agama, dewan untuk menjalankan aktivti yang sangat luas, dewan pernikahan pun ada, tempat riadah, tempat penginapan banyak lagi la. Kalau datang ke Kuala Lumpur boleh singgah tapi hati-hati takut sesat je sebab luas sangat. Perkara yang perlu diingatkan adalah masjid dibina sebagai tempat ibadah dan pusat aktiviti masyarakat sebagaimana dilaksanakan pada zaman Rasulullah. Jangan terlalu bermegah dengan senibinanya tapi tidak mahu mengimarahkannya.
Kami ke PERKIM untuk menjalankan usahama bagi menubuhkan Kelab PERKIM di USMKK. Alhamdulillah persetujuan penubuhan telah disampaikan oleh Dr Wan Nudri sebagai Timbalan pengarah Pusat Islam kami.
Kami membuat lawatan ke UTP untuk bertukar-tukar maklumat dan pandangan dengan Rakan Masjid di UTP. Alhamdulillah banyak perkongsian yang dapat diperolehi dan sangat seronok sebab dapat sahabat2 baru yang sangat baik dan mesra. Jazakallahukhairan kasira buat sahabat2 di UTP kerana sudi melayani kami dengan baik walaupun ada di kalangan mereka masih dalam demam peperiksaan.

Alhamdulillah di saat saya menulis ini saya sudah menempuhi semua kertas peperiksaan akhir semester 1 tahun 3 sebagai pelajar dietetik USMKK.Saya berserah segalanya kepada Allah setelah segala usaha yang telah dilakukan.Adik saya kini sedang menduduki peperiksaan SPM.Teruskanlah perjuanganmu adikku.Telah ramai yang telah berjaya dengan SPM mereka jadi kita harus buktikan bahawa kita juga mampu melakukan yang terbaik.Insyaallah kak sentiasa doakan kejayaanmu.Juga buat semua adik-adik di SMKA TAHAP, Jerantut. Naikkan nama sekolah kita dengan pencapaian cemerlang anda. Juga buat adik di rumah anak yatim PERKAYA di tempat saya menjalani latihan baru-baru ini. Buktikan bahawa anak yatim juga boleh berjaya walau tanpa mak ayah disisi.Andalah yang akan merubah nasib keluarga di masa depan.
Sebelum peperiksaan SPM bermula baru-baru ini saya ada menghantar kad Good luck untuk adik saya bersama dengan buku "catatan hati Nik Nur Madihah" pelajar terbaik SPM tahun lepas. Secara jujurnya saya memang sangat kagum dengan adik ini. Saya mahu adik saya menjadikan Madihah sebagai contoh dan pemangkin semangat untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh.

Kadangkala rasa terkilan pun ada apabila membaca kisah anak muda yang hatinya sangat suci dengan pelbagai rintangan yang perlu dilalui sepanjang kehidupannya sebelum mencapai kejayaan 20A dalam SPM. Walaupun kita lebih senior daripada beliau tapi tidak salah jika kita mahu belajar daripadanya tentang rahsia kejayaannya. Kesimpulan yang saya dapat daripada kisah Madihah dalam kejayaannya adalah kekuatan rohaninya. Walau sekuat manapun kita belajar tapi tanpa pergantungan yang kuat kita dengan Allah usaha kita akan kurang diberkati. Kehidupan beliau yang subur dengan bia'h solehah dengan amalan ibadah puasa sunat dan tahajud menjadikan beliau lebih kuat dan kental dalam mengharungi kehidupan.
Kisah beliau juga memberikan saya kesedaran untuk bersyukur dengan nikmat yang telah berada depan mata. Saya dari keluarga yang boleh dikatakan sederhana dari segi status sosioekonomi. Boleh dikatakan banyak perkara yang saya mahukan semasa sekolah dulu saya cuma minta abah belikan dan kebiasaannya jarang sangat kalau saya tak dapat barang yang saya nakkan terutama berkaitan dengan pelajaran seperti buku rujukan, kamus, peralatan tulis dan sebagainya tetapi masih tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Madihah berjaya membuktikan bahawa anak seorang nelayan dan tukang sapu boleh berjaya dengan cemerlang walaupun tanpa kemudahan yang mencukupi. Perkara yang membuatkan saya terkilan adalah apabila memikirkan yang dia sanggup menyalin kamus kerana tidak mahu menyusahkan ibubapanya untuk membelikannya kamus.
Semoga Madihah menjadi ikon kepada anak-anak muda kini untuk lebih sukses dalam kehidupan bukan sahaja kebahagiaan di dunia yang dicari tapi juga kebahagian akhirat itu yang menjadi matlamat utama.
Wallahualam.


Bersyukur kepada Allah kerana masih menetapkan saya dalam iman dan islam. Bersyukur juga kerana saya masih dipanjangkan usia untuk menghirup udara segar di bumi tuhan ini. Bersyukur juga kerana saya masih diberi peluang dan ruang masa untuk mencoretkan sesuatu untuk perkongsian bersama.
Alhamdulillah setakat ini saya telah menyelesaikan 4 kertas peperiksaan akhir semester ini. Saya akan meneruskan perjuangan pada minggu hadapan pula bagi 3 kertas peperiksaan yang masih berbaki. Semoga Allah terus memberi kekuatan dan semangat kepada saya untuk terus mengulangkaji pelajaran. Perjuangan saya akan diteruskan pula oleh adik saya dalam peperiksaan SPM yang akan bermula 18hb ni Insyaallah. Saya benar-benar berharap adik saya ini dapat membuktikan yang terbaik dalam perjuangannya kali ini.Saya sebagai akak tidak pernah rasa cemburu kalau adik-adik di bawah saya menandingi saya untuk mendapat keputusan yang lebih baik daripada yang saya peroleh sebelum ini.Saya nakkan yang terbaik untuk adik-adik saya. Kadang-kadang saya yang terlebih risau bila adik-adik nak menduduki peperiksaan.
Bagaimana Memotivasikan Diri
Saya seringkali mendengar rakan-rakan merungut "kenapa malas sangat nak belajar ni", "macam mana nak dapat semangat untuk menghadap buku ni","setiap kali nak study mesti rasa mengantuk pun datang sekali" dan bermacam-macam lagi lah rungutan yang biasa kita dengar atau mungkin kita sendiri yang pernah mengungkapkannya . Secara jujurnya saya memang sangat takut dan berdebar setiap kali hendak menduduki peperiksaan. Sebarang perkara yang ber"title"kan peperiksaan memang membuatkan jiwa saya tak tenteram. Nak ambil test untuk buat lesen kereta hari tu pun menggelabah bukan main lagi. Walaubagaimanapun kita tak dapat nak lari daripadanya kerana dunia ini memang tempat ujian buat manusia.
(Surah Al-Mulk:2)
Tidak bolehkah kita mengaplikasikan perkara ini dalam pembelajaran kita. Saya sangat fobia dengan kegagalan dalam peperiksaan. Jadi perkara ini benar-benar memberi saya motivasi untuk terus mengulangkaji pelajaran. Kalau rasa mengantuk pun tak boleh tidur sebab rasa risau sangat. Prinsip yang saya pegang adalah apabila kita tidak mendapat keputusan yang baik, kita yang akan merasa sedih. Mungkin orang lain seperti ibu bapa kita juga akan merasa sedih tetapi saya merasakan diri orang yang mengalaminya lebih-lebih lagi akan mersakan kesedihannya. Jadi apabila nak belajar, tidak perlulah menunggu orang lain untuk memotivasikan kita. Motivasikan diri sendiri.Hal ini terutamanya berlaku kepada adik-adik kita di rumah. Apabila dimarahi mak baru nak baca buku. Walaubagaimanapun mereka mungkin masih kurang matang berbanding kita yang sudah berada di menara gading ini. Belajarlah memotivasikan diri sendiri.
Perkara yang paling penting adalah mengadulah kepada Allah yang menciptakan kita dalam sujud dan tahajud kita. Bila-bila masa sahaja Allah bersedia mendengar pengaduan kita. Rakan-rakan kita adakalanya mungkin juga mempunyai masalah tersendiri untuk diselesaikan dan tidak mampu menjadi pendengar yang terbaik buat kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. Apa yang bena-benar menyedihkan apabila melihat rakan-rakan seperjuangan yang menjadikan movie-movie yang di download daripada internet atau bermain game yang melalaikan sebagai teman di kala stress menekan diri. Malah perbuatan tersebut menjadikannya lebih lalai sehingga melewat-lewatkan solat, tiada masa untuk mengaji Quran atau mengulangkaji pelajaran tetapi masih ada masa untuk perkara-perkara yang melalaikan ini. Kita lebih sanggup bersengkang mata untuk menonton movie sehingga tidak tidur daripada bersengkang mata untuk bertahajud di malam hari. Fikir-fikirkanlah.
Bangunlah muda-muda Islam dari lenamu...
Assalamualaikumwarahmatullah.
Hampir sebulan saya tak mengupdate blog ini. Walaubagaimanapun mungkin belum terlambat jika saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin muslimat yang meraikannya hasil kemenangan kita berpuasa selama sebulan.
Dalam tempoh sebulan sudah tentu terlalu banyak perkara suka dan duka yang berlaku yang rasanya mahu diceritakan disini tapi tak mungkin semuanya mampu dirungkaikan.
Secara jujurnya saya mahu katakan situasi saya sekarang memang tak stabil sangat..Tertekan@stress mungkin itulah perkataan yang paling sesuai saya katakan..
Kadang2 rasa nak menangis,rasa nak marah..Terlalu banyak perkara yang perlu disettlekan sebelum final exam bermula..
Saya cuba jawab beberapa soalan di bawah dapat dari web untuk melihat risiko ke arah kemurungan.suka2 je jawab sebenarnya tapi kebanyakan soalan memang saya alami.
- I feel sad or down most of the time.
- I've lost interest in the activities I used to enjoy.
- I feel tired almost every day.
- I have problems sleeping. I'm either sleeping too much or staying awake at night.
- My appetite has changed. I'm not eating enough, or I'm eating too much.
- I have trouble concentrating.
- My friends say I'm acting different. I'm either anxious and restless or lethargic.
- I feel worthless or hopeless.
- I'm having frequent headaches, stomach problems, muscle pain, or back problems.
- I find myself thinking a lot about dying.
Sebagai seorang pelajar muslim apa yang yang perlu kita lakukan untuk mengatasinya?
Kita biasa dengar orang yang telan ubat secara berlebihan,minum racun atau bunuh diri apabila stress..tapi kita yang mempunyai pegangan akidah dan tauhid mesti yakin segala yang berlaku di dunia ini sebagai ujian untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita disamping sebagai kifarah kepada dosa2 kita yang tak terhitung banyaknya. Muhasabah kembali diri untuk menilai kembali apa yang telah kita lakukan selama ini adakah bertepatan dengan ajaran islam atau sebaliknya. kadang2 jiwa kita tidak tenang disebabkan dosa2 kita yang terlalu banyak.
Kembalilah kepada Allah dan mengadulah kepadaNya.Allah menjadikan kita dan Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. Hanya Allah tempat pergantungan kita selama2nya. Hanya kepadaNya kita memohon pertolongan.
Saya pernah mengikuti satu ceramah oleh seorang ustaz yang menceritakan tentang seorang anak muridnya yang mengadu mempunyai masalah dalam pelajaran. ustaz bertanya anak muridnya pernah atau tidak bangun disepertiga malam untuk beribadat kepada Allah dan jawapannya tidak.
"Bagaimana Allah hendak membantu kamu jika kamu tidak mahu mendekatkan diri dan meminta kepadaNya"kata ustaz kepada anak muridnya.
Walau sebanyak mana sekalipun masalah yang kita hadapi.Yakinlah ia hanya sementara untuk menguji kita di dunia untuk bekalan kita ke negeri abadi di akhirat. Mengadu dan mohonlah padaNya.
Aku sentiasa di kelilingi oleh sahabat
Tika ku sakit
Ku punya sahabat yang merawat
Tika ku kesunyian
Ku punya sahabat untuk menemani
Tika ku punya masalah
Ku punya sahabat yang sudi menjadi pendengar setiaku
Tika ku perlukan teman untuk berbual
Ku punya sahabat yang sudi meluangkan masa untukku
Tika ku terleka
Ku punya sahabat untuk mengingatkanku
Alhamdulillah kerana Allah mengurniakanku sahabat2 sebaik mereka
Kalian semua akan sentiasa di hatiku walaupun jauh kita dipisahkan
Adakah aku juga mampu menjadi sahabat yang baik buat mereka???
Sahabat Seperjuangan di SMKA TAHAP
Selamat berjuang sahabat2ku....



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah kita telah masuk ke dalam fasa kedua di bulan Ramadhan yang mana dinyatakan sebagai fasa maghfirah..terlalu pantas masa berlalu.Sudah 12 hari kita berpuasa.Adakah kita lebih bersemangat untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini atau semangat itu kian hari makin pudar..sama2lah kita muhasabah.
Bulan Ramadhan sudah masyhur sebagai bulan Al-Quran kerana sejarah penurunan Al-Quran yang berlaku di bulan Ramadhan. Kita akan melihat ramai yang bertadarus di sana-sini. Ada juga yang berazam untuk khatam 30 juzuk Al-Quran.Suasana ini sangat menenangkan hati kita. Malah ada sebahagian daripada kita yang jarang membaca Al-Quran sebelum ini juga akan mencari kembali Al-Quran yang disimpan dengan cermat di dalam almari atau di tempat tinggi sehingga sudah dihiasi dengan habuk2 tebal. Al-Quran hanya digunakan setahun sekali dan ketika berlaku kematian sahaja.Tak mengapalah sekurang-kurangnya masih ada keinsafan dalam diri mereka untuk membacanya berbanding mereka yang tidak diberi hidayah langsung oleh Allah untuk membacanya.
Saya sering melihat trend masyarakat sekarang yang mana ibu bapa sangat seronok apabila si anak kecil telah khatam Quran dan seterusnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena majlis khatam Al-Quran anaknya.Saya tidak mengatakan ini salah sama sekali. Ia sangat bagus untuk memotivasikan si anak tetapi agak terkilan apabila majlis khatam Quran itu menjadi hari terakhir untuk si anak menyentuh dan membaca Quran. Tiada lagi suasana membaca Quran diamalkan di rumah sehingga si anak meningkat dewasa.Si anak yang dahulu lancar membaca Quran dengan bertajwid apabila tidak menjadikan membaca Quran sebagai amalan harian, bacaan kian tersekat-sekat walaupun usia sudah menginjak dewasa.
Satu lagi trend yang saya lihat adalah umat islam menggunakan Quran/surah yaasin untuk diletakkan di bilik atau dibawah bantal atau di kepala katil untuk elak daripada gangguan syaitan tetapi ayat2 suci itu tidak pernah dilihat atau dibacanya.Sedangkan kita maklum bahawa rumah yang dibacakan ayat suci Quran di dalamnya akan dilindungi Allah daripada gangguan syaitan. Sebuah kitab Al-Quran itu tidak mampu memberi manfaat jika kita tidak membaca dan menghayati isi kandungannya.
Anak2 yang belajar Al-Quran di rumah para ustaz/ustazah juga kadang2 bermasalah apabila telah ditetapkan hari2 tertentu akan bercuti daripada perlu datang untuk mengaji malah kalau di tempat saya sebulan di bulan ramadhan mereka tidak perlu datang mengaji. Saya melihat menghantar anak2 untuk mengaji Al-Quran telah menjadi satu adat bukan lagi satu ibadat di kalangan masyarakat kita. Peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan kelangsungan anak2 untuk turut membaca Quran di rumah. Malah lebih baik jika ibu bapa sendiri pandai membaca Quran dan mampu mengajar anak2 di rumah. Jika tidak Al-Quran tidak akan mampu melekat di hati anak2 ini dan tidak mampu menanamkan di dalam diri mereka membaca Al-Quran sebagai diari harian sepanjang kehidupan.
Alhamdulillah dan jazakallahukhairan buat mak yang mana saya dan adik2 menghadamkan ayat2 suci Al-Quran di tangannya sendiri. Kami mula mengenal huruf2 Quran daripada mak dengan izin daripada Allah jua sehinggalah mengkhatamkan Al-Quran dan kami mampu membaca sendiri Al-Quran pada hari ini . Sekarang ini tinggal adik yang bongsu sahaja yang masih mengaji dengan mak. Bila teringat zaman kanak2 rasa nak tergelak pun ada. Ada juga anak2 jiran yang turut mengaji dengan mak. Berebut sesama sendiri untuk mendapat turn mengaji telah menjadi kebiasaan. Mak selalu tegur aku supaya beri peluang pada kawan2 lain dahulu sebab aku tuan rumah jadi lebih baik beri laluan pada orang lain terlebih dahulu.Tapi biasalah masih kebudak-budakan ketika itu.semua benda nak compete each other.Semoga mak akan mendapat pahala jariah hasil ilmu yang disumbangkannya. Mak adalah ibu dan sahabat terbaik selama-lamanya buat diriku. Abah juga tak pernah lupa untuk ingatkan kami untuk baca Quran setiap hari. Walaupun setelah kami memasuki asrama juga dia tetap bertanya dan tidak henti mengingatkan.
"baca,fahami dan amalkan isi kandungan Al-Quran"
Wallahualam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah tarikh ulangtahun kemerdekaan pada kali ini jatuh di kala semua umat Islam sedang asyik dengan kenikmatan beribadah. Moga2 bulan yang penuh dengan keberkatan ini mampu memberi kita makna kemerdekaan yang sebenar.
"Orang yang tidak mengingati sejarah maka berkemungkinan sejarah itu akan diulang kembali"
Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita miliki pada hari ini. Generasi pada hari ini tidak perlu lagi hidup dalam ketakutan akibat penjajahan seperti yang dihadapi oleh nenek moyang kita dahulu. Kita boleh tanyakan pada ibubapa atau datuk nenek kita yang masih ada tentang betapa perit dan susahnya kehidupan mereka suatu ketika dahulu. Nenek saya pernah bercerita dimana pada ketika itu mereka terpaksa menanam beras di dalam tanah untuk mengelakkan ia dirampas oleh para penjajah. Malah baju juga yang hanya dibuat daripada guni. Abah dan mak juga sering mengulang-ulang cerita kepada kami adik beradik tentang kesusahan yang mereka alami suatu ketika dahulu terutama untuk menuntut ilmu akibat kemiskinan. Perkara yang menyentuh hati saya apabila mak sering mengulang mengingatkan kami adik beradik bahawa mereka tidak mampu mewariskan harta kepada kami tapi hanya mempu memberi limu untuk kesenangan kami pada masa hadapan. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh kerana mereka dahulu tiada wang untuk menyambung pelajaran.
Mereka dahulu tidak bebas untuk bergerak ke sana sini seperti mana kita pada hari ini. Walaupun negara kita dikira masih awal mengecap kemerdekaan berbanding negara2 lain di sekitar kita tetapi kita mampu berbangga dengan nikmat keamanan yang kita kecapi walaupun sedikit sebanyak kian terjejas.
Namun benarkah kita sudah benar2 bebas daripada belenggu penjajahan?
Soalan itu kita harus ditanyakan pada diri kita sendiri dan kita sendiri yang harus menjawabnya. Penjajahan dari segi fizikal mungkin sudah tiada tapi penjajahan mental masih berleluasa di kalangan masyarakat kita. Mereka menjajah kita dengan hiburan2 di media massa, pergaulan bebas, rokok2 yang berleluasa dihisap oleh masyarakat kita, aktiviti sukan yang bertentangan dengan syarak, cara berpakaian yang masyarakat kita berbangga dengan pakaian2 yang beraneka fesyen bertentangan dengan syarak dan banyak lagi.
Apabila tiba detik 12:00tgh/mlm, kita akan terdengar bunyi letupan mercun dan bunga api tanda kegembiraan dan seterusnya diikutilah dengan pelbagai kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan oleh anak2 muda kita. Alangkah mulianya jika kemerdekaan ini disambut dengan ucapan syukur dan diisi dengan pengisian2 kerohanian untuk memantapkan jiwa kita khususnya generasi muda bakal pemimpin masa hadapan.
Wallahulam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw beliau berkata:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini; pertama, satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponggok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau surga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim)
Apa yang dimaksudkan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang?
1) Mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi tidak bersyukur daripadanya.
2)Mereka membuka sebahagian aggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir
3)Mereka memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat menampakkan bentuk badannya.
Hadis ini sepatutnya cukup memberi keinsafan dan membuatkan kita sebagai muslimat lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang hendak dikenakan setiap hari terutama jika berhadapan dengan mereka yang bukan mahram.
Sekiranya bau syurga pun tak dapat nak bau bagaimana kita nak jejakkan kaki ke syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan itu.
Malangnya ramai dari kalangan kita samada tidak tahu, tidak mahu ambil tahu atau sengaja tidak mengindahkan perintah Allah untuk menutup aurat.
Kebanyakannya dengan rasa tidak segan silu untuk mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Tidak dinafikan mungkin mereka merasakan yang mereka sudah menutup aurat dengan mengenakan tudung disebabkan kecetekan ilmu. Malah pandangan masyarakat sekarang yang hanya menganggap aurat itu pada tudung sahaja dan dikenakan pada majlis2 tertentu sahaja benar2 menyedihkan.
Saya pernah terdengar perbualan 2 orang rakan di dalam bas.
"alamak habislah tudung aku kedut nanti"
"Sape suruh ko tak pakai.simpan dalam beg buat apa.Ko ni memalukan umat islam je."
"nanti sampai kat ##### aku pakai la"
Sedihkan bagi mereka perkara itu seolah-olah tiada salah dan berdosa pun bagi mereka.
Malah ibubapa yang menghantar anak yang sudah dewasa ini ke stesen bas pun tidak mampu untuk menegur.
Ketahuilah bahawa para muslimat sekalian sekiranya anda tidak menutup aurat anda dengan sempurna sebenarnya anda telah mengaibkan sahabat2 muslimat lain yang sempurna menutup auratnya dan meletakkan mereka dalam situasi yang tidak selamat. Hal ini tidak dinafikan persoalan masyarakat mengapa mereka yang sempurna menutup aurat masih mengalami gangguan seksual sedangkan menutup aurat itu sebagi benteng daripada gangguan2 ini.
Bagi saya sifat malu memainkan peranan penting dalam penjagaan aurat.Malu untuk mendedahkan dan menayangkan perhiasan diri sesuka hati kepada orang tidak sepatutnya.
Kasihanlah pada mata2 yang memandang ini khususnya lelaki(termasuk ahli keluarga) dengan tayangan percuma yang anda hidangkan hampir setiap hari.
Di sini saya senaraikan beberapa salah faham umat Islam kini tentang aurat(khususnya Muslimat) ;
1)Tutup aurat dikira pada memakai tudung sahaja
2)Bertudung tapi pakai baju lengan pendek
3)Pakai kain tapi terbelah menampakkan susuk badan
4)Baju ketat dan nipis
5)Bertudung tapi nampak rambut samada di bahagian depan atau belakang
6)Bertudung apabila hendak keluar rumah atau apabila hendak ke pejabat atau majlis2 tertentu sahaja (tidak menutup aurat apabila lelaki bukan mahram datang ke rumah)
7)Menyimpang tudung menampakkan dada
8)Tudung nipis
Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:59 yang maksudnya;
"Wahai nabi,katakanlan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita2 mukminin agar melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuhnya. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang"
Baru2 ni ketika saya dan rakan2 dalam perjalanan ke bandar, kereta yang kami naiki berhenti di belakang seorang perempuan yang sedang membonceng motosikal. Sekali pandang nampak cantik sahaja sebab pakai tudung tapi kawan yang sedang memandu tiba2 bertanya;
"cuba tengok perempuan tu kenapa dia pakai tudung tapi lepaskan rambut sampai boleh dilihat dari belakang sebab rambut dia panjang? Kenapa dia tak ikat atau pakai scarf di dalam?
Nak tahu kenapa? kawan ini membuat andaian mungkin sebab dia sayangkan rambutnya yang lurus. Jika diikat atau ditutup dengan scarf rambutnya akan jadi lekuk2 dan rosak.
Senang cerita tak cantik la.
Bagaimana?
Anda tidak sanggup kehilangan rambut yang cantik atau anda sanggup untuk dicampakkan Allah ke dalam neraka yang penuh dengan keseksaan? Buatlah pilihan sementara masa masih ada untuk anda.
Di sini saya cadangkan sebelum membeli pakaian buatlah pilihan terbaik. Jangan lihat pada yang cantik dipandang mata sahaja tanpa mengambil kira samada dibenarkan atau tidak dari segi syarak.
Selain itu, Sebelum melangkah keluar dari bilik untuk pergi ke mana2, cerminlah diri dari hujung kepala sampai hujung kaki ataupun tanyakan pada sesiapa disekeliling anda adakah pakaian anda pakai bertepatan atau tidak dengan kehendak syarak.
Perintah menutup aurat adalah demi ketinggian dan kemuliannya dan bukan untuk merendah-rendahkannya. Malah ia memelihara kecantikan seseorang supaya kecantikannya hanya dilihat oleh insan yang halal melihatnya sahaja. Ia merupakan satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia sahaja dan bukan kepada makhluk2 yang lain. Ini menunjukkan Allah memuliakan manusia berbanding makhluknya yang lain. Muhasabahlah kembali diri kita sebagai hamba kepada pencipta yang Agung selama ini telah banyak melanggar perintahNya sedangkan nikmatNya terlalu banyak diberikan kepada kita. Kita akan kembali kepada Allah jua suatu hari nanti dan bersedialah dengan persiapan yang rapi untuk menghadapinya.
Firman Allah dalam surah yaasin:65 yang bermaksud;
“ pada hari ini(hari perbicaraan) kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan”
Wallahualam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Ramadhan bulan pesta ibadah,bulan pentarbiyahan jiwa.
Diawalnya rahmat,pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan daripada api neraka.
Seharusnya kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi kita peluang untuk bertemu dengan satu bulan yang sangat2 dinantikan oleh orang2 beriman iaitu Ramadhan al-mubarak.Kita tidak tahu adakah mungkin ini ramadhan yang terakhir bagi kita dan adakah kita sempat menghabiskan ramadhan pada kali ini kerana ada antara saudara kita yang telah dipanggil Ilahi sebelum sempat bertemu ramadhan yang seterusnya.

"Madrasah Ramadhan"
Mungkin kita boleh tanyakan pada diri masing2 sudah berapa kali kita diberi peluang oleh Allah untuk berada dalam "madrasah Ramadahan" setelah kita akil baligh.
Jika seorang yang telah berumur 40 tahun dan telah hampir 30 tahun memasuki madrasah yang sama iaitu "madrasah Ramadhan" tetapi masih tidak mampu untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik maka boleh dinilai sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaannya. Alangkah ruginya..
Hal ini boleh diibaratkan seperti seseorang yang berada di sebuah sekolah dan telah banyak kali mengulang sesuatu ujian tetapi masih gagal. Ini jelas menunjukkan ketidaksugguhannya dalam menuntut ilmu.
Allah telah menyediakan satu bulan khusus untuk kita hambanya untuk mentarbiyah dan mempersiapkan diri untuk mengharungi kehidupan di bulan2 yang seterusnya.Jadi seharusnya kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.
Ibadah puasa mengajar erti Ihsan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Ihsan itu ialah bahawa ”Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu;”
(hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab)
Kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan kekhusyukan dalam mengerjakan segala ibadah khususnya ibadah solat dan salah satu caranya adalah dengan mewujudkan rasa ihsan dalam diri semasa beribadah dan melaksanakan tanggungjawab harian.
Bagaimana dengan ibadah puasa mampu memupuk sifat ihsan dalam diri kita?
Seseorang yang mengatakan dirinya berpuasa dan sifat ihsan tidak mampu menjadi benteng dalam diri pasti ada kemungkinan untuk dia menelan air semasa mandi atau berwuduk secara sengaja kerana baginya tiada siapa yang tahu. Maka disinilah sifat ihsan dan keimanan dalam diri memainkan peranan sebagai 'polis' dalaman kepada diri kita di mana kita sentiasa merasakan keasaan Allah yang tidak pernah tidur untuk memerhatikan tindak tanduk kita seharian untuk dipertontonkan di 'mahkamah'Nya suatu hari nanti. Orang beriman pasti yakin dengan janji2 Allah yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan hadis.

Sama-samalah kita berlumba-lumba untuk melipat gandakan amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mempersiapkan diri untuk 11 bulan yang seterusnya. Walaupun ia hanya ibadah2 sunat tetapi ganjaran ini hanya disediakan oleh Allah pada bulan ini sahaja malah ibadah seperti solat terawih dan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu 'lailatul qadr' hanya ada khusus di dalam bulan Ramadhan ini sahaja. Alangkah ruginya jika kita melepaskan 'tawaran hebat' yang disediakan oleh Allah untuk kita sebagai hambanya.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini saya dapat satu pelajaran baru yang bagi saya agak pelik dan menarik untuk dikongsi bersama.
PICA..
Pernah dengar tak tentang word ni?
Sebenarnya ini adalah satu penyakit yang agak ganjil yang kebiasaannya menyerang kanak2.
Mereka yang mempunyai penyakit ini akan lebih terdorong untuk makan apa2 sahaja selain daripada makanan seperti tanah,cat dinding dan sebagainya.

Sebenarnya saya dapat tahu daripada Dr Sakinah tadi time dia mengajar tentang diet kaunseling.Tiba2 je terkeluar daripada mulut ni time Dr mengajar tadi;
"kenapa tak makan daun ke tahan la sikit"..hehe.
Dr cerita tentang pengalaman dia jumpa patient yang suka makan cat dinding.
Masalah ini berpunca daripada status ekonomi keluarga yang rendah.kesian kan..
Kanak2 ni time mak ayah keluar pergi cari rezeki mereka duduk kat rumah tak tahu nak makan apa jadi makan jelah apa yang ada disekeliling mereka. Bahaya sangat sebenarnya sebab benda2 yang diorang makan tu mungkin mengandungi logam berat yang berbahaya bagi tubuh mereka tapi perkara ini telah menjadi amalan harian mereka.Mereka juga akan ada masalah paras hemoglobin yang rendah sebab kurang ambil makanan yang bersumberkan protein seperti daging.
Apabila patient seperti ini dibawa berjumpa dietitian biasanya apabila disoal selidik, calories intake harian mereka terlalu sedikit kadang2 tak sampai 100Kcal pun.Sedangkan kalau bagi kanak2 calories intake mereka adalah lebih kurang 1200-1500 kcal sehari bergantung kepada individu.
Sebenarnya perkara ini memberi keinsafan kepada kita supaya bersyukur dengan nikmat makanan dan minuman yang ada di depan mata.Setiap hari kita asyik merungut dan terlalu memilih makanan.Sedangkan banyak saudara2 kita di luar sana yang hampir tiada makanan untuk dimakan.Salah satu hikmah kita disuruh untuk berpuasa(dah tak lama nak masuk bulan Ramdhan ni) pun adalah untuk kita merasa bagaimana kesusahan saudara2 kita yang lain.



Dari Abdullah bin Musawir berkata, "Aku mendengar Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Bukanlah orang yang beriman, orang yang dalam keadaan kenyang sedangkan tetangganya berada di sisinya dalam keadaan kelaparan." (HR. Bukhari)
Sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Wassalam.
*yang bestnya setiap orang dapat coklat dari DR tadi sebab dia baru balik dari Langkawi.Thanks a lot DR.
Pagi tadi semua pelajar diminta untuk berkumpul di dewan utama untuk taklimat H1N1.Maklumat yang disampaikan bahawa semua pelajar tidak dibenarkan untuk keluar daripada USM termasuk untuk pulang ke kampung benar2 menimbulkan ketidakpuasan hati ramai sahabat2 termasuklah diriku ini.Doktor yang memberikan taklimat dengan tegas tidak membenarkan pelajar untuk pulang ke kampung walaupun ada yang menyatakan mereka sudah membeli tiket bas,keretapi atau kapal terbang kerana ia adalah arahan daripada pihak dekan semua pusat pengajian. Sesiapa yang nak balik juga "curi2" kena tanggung risiko sendiri la. Takut jugak kalau jadi apa2 nanti.Aku dapat relate dengan kelas ethic tentang perbuatan untuk ke rumah memang tak salah dari segi undang2 memang kita tak akan dimasukkan ke penjara tapi ia perbuatan yang tak beretika. Mereka yang dikuarantin harus benar2 mengkuarantinkan diri.
Aku tak nafikan memang apa yang dilakukan untuk kebaikan semua pihak tapi sukar bagiku untuk menerima. Tambahan pula aku memang nak balik sangat. Hati aku dah ada di rumah sebenarnya. Kena bertafakur untuk mencari penyelesaian samada untuk menunda tiket kepada hari raya atau pulang sahaja secara illegal. Aku rasa x de mood dan weak sangat hari ni. Rasanya sahabat2 yang lain pun sama rasanya. Butiran2 halus kalau tak membasahi pipi tu impossible la.
Kami tidak dibenarkan pulang kerana bimbang akan disebarkan kepada orang2 di luar terutama ahli keluarga nanti. Paling dibimbangkan jika yang ada di rumah kita itu adalah golongan yang berisiko seperti kanak2,orang tua,obese person,CVD patient,pregnant mother dan lain2.Aku call mak tadi pun dia bagitahu yang adik yang ke2 dibawa pulang dari asrama semalam kerana demam. Setakat ni Alhamdulillah aku masih tiada tanda2 seperti selsema, demam dan lain2 yang berkaitan walaupun dalam sehari dua ni ada rasa lemah je badan. Semoga Allah melindungi kami semua daripada penularan pandemic ini. Orang yang beriman tidak akan melihat ia sebagai satu penyakit semata-mata tetapi melihat ia sebagai ujian,bala dan peringatan daripada Allah untuk menyuci dosa2 kita yang lampau disamping meningkatkan keimanan kita kepada Nya.
Walaupun kita nampak sihat boleh pergi kelas,jogging,dan melaksanakan aktiviti harian seperti biasa tetapi virus ini boleh disebarkan bermula daripada sehari sebelum kita dapat symptoms penyakit seperti selsema sehingga selepas 7 hari kita kita mempunyai symptoms. Itulah yang menyebabkan pihak USM sangat serius dalam hal ini. Sehingga ke hari ini 3 pelajar USMKK di diagnos positif H1N1.26 orang telah meninggal dunia akibat H1N1 di Malaysia. Ada kes berlaku dimana kematian berlaku tanpa sign dan symptom.Malah ada juga yang dapat H1N1 tanpa ada contact dengan mereka yang ada H1N1.Ia memang virus yang sangat berbahaya. Kesian pulak dengar cerita mereka yang ada symptoms diasingkan di blok c tak boleh keluar kemana-mana tapi dapat makanan free la sebab setiap kali waktu makan akan ada yang hantar makanan. Jadi semua harus mengambil langkah berjaga-jaga.Jangan kalau tak sihat cuma mendiamkan diri dan seterusnya akan menyebarkan kepada orang lain. It is an unethical practice.

*kena istiharah samada nak balik juga ataupun tidak ni.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Baru2 ni di kelas tutorial Ethics and Law for the health professional, kami diminta untuk membincangkan bagaimana untuk memberitahu seseorang pesakit yang telah didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti kanser, HIV dan sebagainya. Banyak yang memberi pandangan dan tak kurang yang menceritakan pengalaman masing2.
Tapi yang saya nak "higlight"kan disini adalah mengenai kisah yang diceritakan oleh seorang akak yang pernah berada di alam pekerjaan sebelum ini sebagai jururawat yang mana kisahnya agak sama dengan kisah yang terjadi kepada insan yang rapat dengan aku. Ia berkenaan dengan seorang wanita yang menjadi "mangsa" keadaan akibat perbuatan si suami yang di harap sebagai pelindung tetapi akhirnya menjadi pemusnah kepada kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri. Sahabat akak ini didiagnos sebagai positif HIV yang diperoleh daripada suaminya tanpa diketahui bahawa suaminya itu seorang penagih dadah dan pembawa virus HIV. Tambahan pula sahabat ini dalam keadaan mengandung. Betapa hancurnya hati seorang wanita dan rasa tidak mampu untuk meneruskan kehidupan apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Walaubagaimanapun hasil sokongan daripada kawan2 sahabat ini mampu untuk survive sehingga ke saat ini dengan kehidupan baru.Janganlah kita sebagai masyarakat menyisihkan golongan seperti mereka kerana mereka sangat memerlukan kita untuk meneruskan kehidupan.
Seterusnya mengenai insan yang sangat rapat dengan saya. Walaupun dia tak dapat HIV daripada suami tetapi betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mengetahui si suami adalah seorang penagih dadah.Tambahan pula dia dalam keadaan yang sedang mengandung sekarang.Saya cuba untuk telefon beberapa kali dan akhirnya dia angkat juga. Daripada suaranya saya dapat mengagak yang dia dalam keadaan yang tidak stabil dan sedang bersedih. "Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya".
Sebenarnya dari kisah kedua ini yang saya nak "highlight"kan adalah bagi seorang yang hendak berumahtangga, selidikilah dahulu bakal suami/isteri. Janganlah kerana terlalu hendak menjaga batasan dari segi perhubungan sehinggakan kita menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa bertanya kepada rakan2 atau orang yang terdekat dengan bakal pasangan tentang akhlak dan tingkahlakunya terutama bagi mereka yang dinikahkan atas pilihan keluarga atau dicadangkan oleh orang tengah. Gunakan tempoh pertunangan sebaik-baiknya untuk menyelidiki bakal pasangan supaya sebarang masalah tidak timbul di kemudian hari kerana kita berkahwin bukan untuk sementara tapi untuk kekal sehingga ke akhir hayat.Masalah yang berlaku dalam masyarakat sekarang adalah apabila putus tunang riuh rendah di sana sini orang akan bercakap sedangkan itu adalah tempoh perkenalan dan jika tak serasi putus la dengan cara yang baik.Ini yang dirisaukan tentang lembu yang sudah dibeli la, segala persiapan yang dah dibuat macam2 lagi la. Bagi saya benda tu tak penting berbanding kesengsaraan yang bakal dihadapi selepas perkahwian nanti.
Selain itu,janganlah ibubapanya sahaja yang diselidiki kerana iman itu tidak diwarisi.Banyak yang berlaku sekarang dimana ibubapanya sangat baik tapi anaknya sebaliknya. Ibubapa juga haruslah jujur untuk memberitahu keadaan sebenar anaknya jika sudah mengetahui keadaan anak mereka supaya tidak membebankan pasangannya kelak.Saya harap "insan" ini akan tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini. Anggaplah ia sebagai tarbiyah daripada Allah dan sebagai penyuci dosa2 kita lampau.Saya juga tiada pengalaman dalam alam rumahtangga tetapi hanya mampu membantu yang mana termampu sahaja.Bila difikir-fikirkan rasa takut pulak nak berumahtangga ni sebenarnya walaupun tak tahu bila jodoh akan tiba.

Jadi,sahabat2ku berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup.
Janganlah terburu-buru dan jangan pula melengah-lengahkannya.
Wassalam.
Hari khamis ini adalah hari yang aku nanti-nantikan sebenarnya sejak dari semester baru ini bermula.Hari apa tu?apa yang special sangat dengan hari itu?
Sebenarnya mid sem break will start on this friday. aku memang tak sabar sangat nak balik rumah jumpa mak,abah dan adik-adik yang aku rindui. Tapi ini adalah kali pertama dalam hidup aku dimana aku terpaksa bermusafir dalam jarak yang agak jauh dari Kelantan ke Pahang seorang diri. Sejak sebulan inilah kali pertama aku terpisah dengan keluargaku dalam jarak yang agak jauh setelah keluarga aku berpindah semula ke Pahang setelah 2 tahun kami di Terengganu. Biasanya sebelum ini aku hanya perlu naik bas selama 2 jam sahaja untuk sampai di rumah di Terengganu dan tak perlu fikir sangat tentang nak beli tiket ni sebab kalau tiket habis boleh minta abah ambilkan.Aku rasa macam tak boleh terima kenyataan masa beli tiket baru2 ni.Pergi balik hampir RM100 diperlukan yang hanya di tukar dengan 2 keping tiket.
Perkara yang aku risaukan dan bermain dalam fikiran ni adalah;
-Ramai tak muslimat dalam bus nanti?
-siapa yang akan duduk sebelah aku nanti?
-Driver akan berhenti atau tidak untuk solat?

Sebelum ni semasa nak balik ke rumah di Terengganu aku pernah terpaksa minta pada mak cik kedai untuk tumpang sembahyang di belakang kedainya memandangkan kebetulan waktu solat maghrib dah lama masuk dan tahu2 jelah waktu maghrib ni tak lama.takut tak sempat nak sembahyang.Driver pulak tak berhenti di tempat yang ada tempat sembahyang.Tambahan pula aku akan berhenti betul2 di kawasan tempat aku tinggal.Bila dah sampai kawasan rumah kita dah tak boleh jama' la kan. Seboleh-bolehnya aku akan cuba untuk ambil tiket yang mana masanya tidak melibatkan waktu solat seperti pada waktu pagi tapi mustahil dalam jarak yang jauh sekarang aku boleh mengelak daripada terlibat dengan waktu solat sepanjang musafir. Kali ni aku perlu tunaikan solat subuh dalam perjalanan.Aku harap sangat segalanya akan baik2 sahaja.Think positively. Semoga Allah melindungi diriku ini sepanjang perjalanan nanti.InsyaAllah.
Wassalam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Senyum itu sedekah"...pasti semua orang sudah biasa dengan penyataan itu bukan?
Tapi sejauh mana daripada kita menghayati disebalik penyataan itu."smile".."ibtisam"..semuanya memberi maksud yang sama.
Saya dulu memang susah sangat nak senyum sampai saya pernah ditegur oleh "seorang guru" semasa di sekolah menengah.Ada satu peristiwa sebenarnya yang pernah berlaku semasa itu tentang facial appearance ni sebenarnya tapi biarlah ia tersimpan rapi di dalam pemikiranku ini.Tak perlu la saya ceritakan disini tapi time tu memang saya rasa sedih sangat. Saya tak akan lupa sampai bila2 "peristiwa itu".Tapi saya memang tak tahu macam mana nak ubah.Saya bukanlah sombong atau garang pun tapi entahla memang susah nak senyum tapi kalau ketawa memang no.1 la.kawan2 yang rapat mesti tahu.
Bila masuk matrik saya cuba untuk berubah dengan memberi senyuman pada sesiapa yang saya jumpa dan akhirnya saya rasa sehingga ke saat ini saya berjaya untuk mengubahnya.Sekarang ni saya akan rasa puas dan seronok sangat bila dapat berikan senyuman pada orang lain dan orang membalas senyuman kita itu.Malah saya akan rasa tension jugak la kalau orang asyik masam je muka sepanjang hari apabila setiap kali jumpa.Hidup ini ibarat roda. Kalau dulu mungkin orang akan merasakan perkara yang sama seperti yang saya hadapi sekarang.
Memang benarlah senyuman itu suatu sedekah sebab dengan senyuman itu kita mampu menenangkan dan menggembirakan insan disekeliling kita.Mungkin sahabat kita yang sedang bermasalah akan berkurang sedikit bebannya dengan lemparan senyuman yang kita berikan.Tapi yang penting mesti ikhlas dalam senyuman bukan sebab nak "pikat" orang.Yang berlainan jantina tu jangan la senyum lebih2 pulak.Lagipun banyak kajian yang dibuat membuktikan yang senyuman ni salah satu cara untuk awet muda.Tak tahulah sejauh mana kebenarannya.Kalau boleh bangun pagi perkara pertama yang kita buat selepas baca doa bangun tidur adalah "senyum".InsyaAllah kita akan sentiasa berfikiran positif sepanjang hari.
Wassalam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda
"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya".
(Hadis riwayat Muslim)
Hampir setiap hari kita akan dengar di sana-sini tentang berita kematian dan memang tidak dinafikan ramai dikalangan akan berusaha untuk menziarahi si mati bagi memberi penghormatan terakhir terutama jika si mati adalah orang yang kita kenali.
Walaubagaimanapun saya suka untuk melihat bahawa menziarahi si mati sebagai satu tarbiyah yang terbaik bagi kita yang masih hidup sebenarnya.Talkin yang dibacakan lebih kepada untuk menginsafkan kita yang masih hidup untuk memperbaiki amalan kita kerana suatu hari nanti kita akan tetap bersemadi seperti mereka berbanding orang yang telah mati dan telah siap dengan bekal mereka untuk dibawa berjumpa dengan Allah.
Saya agak terkilan kadang-kala apabila melihat sesetengah daripada kita tidak berusaha untuk mengambil peristiwa kematian ini sebagai satu jalan untuk mengislahkan diri mereka kearah yang lebih baik.Mana tidaknya kadang kala mereka datang dalam keadaan aurat yang tidak terjaga, berpakaian yang menjolok mata, sempat lagi berbual perkara sia-sia dan tidak kurang juga yang datang sekadar untuk menjamu selera semata-mata. Saya melihat satu trend yang kurang baik dimana rumah ahli keluarga yang masih sedih dengan kehilangan orang tersayang dijadikan seperti satu majlis keramaian dengan hidangan makanan dan minuman sedangakan kadang-kala si mati masih ada di dalam rumah. Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan merosakkan nilai ziarah yang sebenar.Ini realiti yang saya biasa yang perhatikan. Walaubagaimanapun jika mahu diadakan juga hidangan untuk mereka yang hadir perlulah disediakan oleh jiran-jiran yang prihatin di rumah yang berhampiran dan bukan oleh keluarga si mati yang masih kesedihan.
Sesungguhnya mati itu sesuatu yang pasti dan kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya dan berwaspada dalam segala tingkah laku kita. Orang yang beriman itu sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak-gerinya seperti seseorang yang sedang mengharungi kawasan yang penuh dengan duri pohon semalu.Sentiasalah kita berdoa supaya diakhirkan penghidupan kita dalam Husnul Khatimah(pengakhiran yang baik)dan minta dijauhkan daripada pengakhiran kehidupan kita dalam keadaan sedang melakukan kemaksiatan kepada Allah( suul khatimah).
Setiap orang tidak tahu akan tarikh kematiannya walaupun ada kes tertentu yang melibatkan mereka yang dihukum gantung atau mereka yang didiagnos oleh doktor tentang jangka hayat mereka yang masih berbaki. Walaubagaimanpun itu semua jangkaan manusia dan tiada siapa yang dapat menjangka tarikh kematian mereka yang sebenar. Semua itu adalah rahsia Allah. Jika kita tahu baki kehidupan yang hanya tinggal beberapa ketika pasti semua akan berkejar-kejar untuk melakukan amal kebajikan dan meninggalkan segala urusan dunia. Begitu juga dengan solat berjemaah jika setiap orang diberi RM27 setiap kali selepas mereka selesai menunaikan solat pasti semua akan meninggalkan aktiviti harian mereka untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun semua itu perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan kebanyakan manusia tidak mampu menilai dengan pandangan mata hati dan iman.
Oleh itu cukuplah kematian sebagai peringatan bagi mereka yang masih hidup.
"Beribadatlah seperti kamu hendak mati esok hari dan bekerjalah seperti kamu hendak hidup seribu tahun lagi”
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan sahabat baginda...
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Sekarang ini perkara yang hangat diperkatakan adalah mengenai penularan wabak H1N1 sampai kami mahasiswa USM yang nak mendapatkan kunci bilik baru-baru ni pun perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu..Tapi bukan virus itu yang aku nak ketengahkan. Bukan juga ada virus yang menyerang sistem laptopku.
Setelah sekian lama memegang status sebagai pelajar, virus yang sering menyerang ke dalam diriku ni dan sangat sukar dibendung adalah...virus malas dan suka menangguhkan kerja ke saat akhir. Walaupun tembok keazaman yang kuat dibina tetapi ia tetap dapat diserang oleh virus ini.Biasalah dah lama sangat cuti.

Aku perlu merebut nikmat masa lapang yang ada sekarang sebelum datangnya masa sempit sehingga membuatkan aku akan rasa sangat tertekan nanti walaupun sem ni aku ada ambil subjek stress management..but it doesn't help if i don't prepare myself well.Sakit sangat sebenarnya buat kerja dan study last minute ni sebenarnya..aku dah pernah rasa. Bayangkanlah malam nak exam banyak lagi benda yang perlu dibaca.Aku takkan benarkan ia berulang lagi.
Aku mesti lawan virus ini habis-habisan sebelum ia menular.masa ni sekejap sangat berlalu..bila tersedar dah nak exam tapi banyak benda lagi yang tak settle.Setiap orang dikurniakan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam tetapi yang membezakan bagaimana seseorang itu menguruskannya.Walau sesibuk manapun mesti kena ada masa juga untuk berjemaah di masjid, rehat, tidur, makan,dan sebagainya. Barulah seimbang kehidupan dunia dan akhirat.
JOM SAMA-SAMA KITA BERMUJAHADAH UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN!!

Baru aku tersedar..
"Awak kena terima hakikat bahawa setiap anak-anak di sini ramai dikalangan mereka adalah terbiar dan kekurangan kasih-sayang..ada antaranya saya ambil dalam keadaan sehelai sepinggang.jadi awak tak boleh menjangka dan mengharap sesuatu yang tinggi daripada mereka" Pesan isteri YB ADUN kawasan itu yang juga pengerusi asrama tersebut ketika aku mencadangkan beberapa perkara untuk dipertingkatkan ketika mesyuarat.
Aku agak terkejut masa mula-mula sampai kat sini. Sangat berbeza dengan cara hidup aku selama 5 tahun aku tinggal di asrama SMKA TAHAP. Peraturan yang dibuat hanya sekadar peraturan tanpa pelaksanaan yang mantap. Aku tak menyalahkan anak-anak di sini tetapi mungkin pengurusannya yang kurang mantap. Aku sangat sayang masa depan adik-adik di sini sebab hanya dengan ilmu sahaja mereka dapat mengubah cara hidup keluarga mereka tetapi mereka kurang ambil serius tentang soal pembelajaran terutama masa untuk study yang mana bagi aku masa 'prep' yang disediakan oleh pihak sekolah aku dahulu sangat berharga bagi aku untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka seperti pahat dan penukul yang mana setiap aktiviti yang dilakukan setiap hari perlu diarah tanpa ada inisiatif sendiri untuk melakukannya. Aku memang tidak berhajat untuk terlalu berkeras dengan mereka memandangkan aku hanya sebentar sahaja menumpang di sini.

Belajar sekadar untuk periksa..
Aku agak sedih sebab banyak perkara-perkara asas tentang agama adik-adik ini tidak tahu. Bila aku tanya tak pernah diajar ke di sekolah mereka kata pernah cuma mereka tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Aku mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya mengadakan kuliyah antara maghrib dan Isyak untuk anak-anak di sini kerana bagi aku melalui kerohanian dapat membentuk akhlak dan keperibadian mereka. Ini juga berdasarkan pengalaman aku sebelum ini yang mana segala tazkirah yang disampaikan sepanjang berada di SMKA TAHAP dulu banyak mentarbiyah diri aku yang mana aku gunakan sehingga ke hari ini. Aku pernah terfikir kepada siapalah adik-adik ini hendak rujuk jika mereka ada sebarang masalah yang berkaitan agama selepas ini..Aku dapat melihat minat adik-adik ini untuk mengetahui apabila aku mula mengeluarkan hal-hal yang asas yang berkaitan agama cuma mereka tiada saluran khusus untuk mempelajarinya.
Kemana hilangnya rasa malu seorang muslimah..
Aku sekali lagi terkejut apabila melihat adik-adik muslimah hampir hilang rasa malunya terutamanya dalam hal ikhtilat dengan adik-adik muslimin. Huru-hara di dunia akan berlaku apabila muslimah telah hilang rasa malunya. Tidak malu untuk mendedahkan aurat sesuka hati, mengeluarkan suara-suara yang kesat dan lantang.Aku lebih suka jika mereka merasakan diri bertuhan dimana takut untuk melakukan perkara yang bertentangan walau dimanapun berada kerana yakin bahawa tuhan sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka. Malangnya berdasarkan pemerhatian aku mereka lebih takut kepada aku dan staf yang lain. Antaranya bila nampak aku keluar dari bilik baru mereka akan kelam kabut lari untuk cari tudung.
Perjuangan Rasulullah..
Pada ketika ini kisah perjuangan Rasulullah banyak mengubat kedukaan hati aku yang kadang-kadang tak terbendung rasa. Memikirkan yang Rasulullah lebih banyak kesulitan dalam kehidupan hariannya membuat hatiku sedikit terubat.Biasanya kalau aku sedih aku akan luahkan melalui air mata dan tulisan.Aku praktikal sorang jadi tiada kawan untuk diluahkan perasaan.
"Ya Allah kau berilah aku kekuatan dalam menghadapi dugaan yang engkau berikan ini. Kau kuatkanlah semangatku Ya Allah…Hambamu ini lemah sangat rasa nak terduduk rasanya menahan beban yang ku alami ini.. aku perlu bertahan…tahan dengan kerenah manusia yang pelbagai sifatnya..sukar difahami.." Ini antara catatan aku apabila aku tak tahan sangat. Praktikal ini banyak mengajar aku erti kesabaran yang sangat tinggi.Kalau aku tak mampu bersabar pasti banyak perkara yang buruk akan berlaku.Aku tak mahu sebarang masalah wujud antara aku dengan mereka disini. Alhamdulillah memang tiada masalah bila aku menamatkan praktikalku.

Lihat carik di kain sendiri..
Satu lagi perkara penting yang aku belajar adalah kita kadang-kadang terlalu melihat kesilapan orang lain tanpa memikirkan kembali bahawa kita lebih banyak kekurangan sebenarnya. Carik di kain orang yang sedikit dari jauh lagi kita sudah nampak tetapi carik di kain kita yang terlalu besar tidak pernah kita perasan. Mungkin ini suatu penyakit sebenarnya.Lebih baik mengambil langkah untuk berdiam diri berbanding bercakap banyak dan sia-sia.Syaitan telah menyogokkan kita dengan api keseronokan apabila bercakap tentang keburukan orang lain tanpa kita sedar ataupun tidak. Lebih banyak bercakap lebih banyak dosa yang kita lakukan..
Ini adalah sedikit catatan yang dapat aku kongsikan.Yang mana baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah dalam menjalani kehidupan harian.





