
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Baru2 ni di kelas tutorial Ethics and Law for the health professional, kami diminta untuk membincangkan bagaimana untuk memberitahu seseorang pesakit yang telah didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti kanser, HIV dan sebagainya. Banyak yang memberi pandangan dan tak kurang yang menceritakan pengalaman masing2.
Tapi yang saya nak "higlight"kan disini adalah mengenai kisah yang diceritakan oleh seorang akak yang pernah berada di alam pekerjaan sebelum ini sebagai jururawat yang mana kisahnya agak sama dengan kisah yang terjadi kepada insan yang rapat dengan aku. Ia berkenaan dengan seorang wanita yang menjadi "mangsa" keadaan akibat perbuatan si suami yang di harap sebagai pelindung tetapi akhirnya menjadi pemusnah kepada kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri. Sahabat akak ini didiagnos sebagai positif HIV yang diperoleh daripada suaminya tanpa diketahui bahawa suaminya itu seorang penagih dadah dan pembawa virus HIV. Tambahan pula sahabat ini dalam keadaan mengandung. Betapa hancurnya hati seorang wanita dan rasa tidak mampu untuk meneruskan kehidupan apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Walaubagaimanapun hasil sokongan daripada kawan2 sahabat ini mampu untuk survive sehingga ke saat ini dengan kehidupan baru.Janganlah kita sebagai masyarakat menyisihkan golongan seperti mereka kerana mereka sangat memerlukan kita untuk meneruskan kehidupan.![]()
Seterusnya mengenai insan yang sangat rapat dengan saya. Walaupun dia tak dapat HIV daripada suami tetapi betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mengetahui si suami adalah seorang penagih dadah.Tambahan pula dia dalam keadaan yang sedang mengandung sekarang.Saya cuba untuk telefon beberapa kali dan akhirnya dia angkat juga. Daripada suaranya saya dapat mengagak yang dia dalam keadaan yang tidak stabil dan sedang bersedih. "Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya".
Sebenarnya dari kisah kedua ini yang saya nak "highlight"kan adalah bagi seorang yang hendak berumahtangga, selidikilah dahulu bakal suami/isteri. Janganlah kerana terlalu hendak menjaga batasan dari segi perhubungan sehinggakan kita menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa bertanya kepada rakan2 atau orang yang terdekat dengan bakal pasangan tentang akhlak dan tingkahlakunya terutama bagi mereka yang dinikahkan atas pilihan keluarga atau dicadangkan oleh orang tengah. Gunakan tempoh pertunangan sebaik-baiknya untuk menyelidiki bakal pasangan supaya sebarang masalah tidak timbul di kemudian hari kerana kita berkahwin bukan untuk sementara tapi untuk kekal sehingga ke akhir hayat.Masalah yang berlaku dalam masyarakat sekarang adalah apabila putus tunang riuh rendah di sana sini orang akan bercakap sedangkan itu adalah tempoh perkenalan dan jika tak serasi putus la dengan cara yang baik.Ini yang dirisaukan tentang lembu yang sudah dibeli la, segala persiapan yang dah dibuat macam2 lagi la. Bagi saya benda tu tak penting berbanding kesengsaraan yang bakal dihadapi selepas perkahwian nanti.
Selain itu,janganlah ibubapanya sahaja yang diselidiki kerana iman itu tidak diwarisi.Banyak yang berlaku sekarang dimana ibubapanya sangat baik tapi anaknya sebaliknya. Ibubapa juga haruslah jujur untuk memberitahu keadaan sebenar anaknya jika sudah mengetahui keadaan anak mereka supaya tidak membebankan pasangannya kelak.Saya harap "insan" ini akan tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini. Anggaplah ia sebagai tarbiyah daripada Allah dan sebagai penyuci dosa2 kita lampau.Saya juga tiada pengalaman dalam alam rumahtangga tetapi hanya mampu membantu yang mana termampu sahaja.Bila difikir-fikirkan rasa takut pulak nak berumahtangga ni sebenarnya walaupun tak tahu bila jodoh akan tiba.
Jadi,sahabat2ku berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup.
Janganlah terburu-buru dan jangan pula melengah-lengahkannya.
Wassalam.
Posted by
Rabiatul Adauwiyah Bt Mohd Pauzi
Labels:
sekadar peringatan

0 comments:
Post a Comment