diluah mati bapak ditelan mati ibu

salam kerinduan buat saudara seakidahku sekalian

sudah lama rasanya tiada pena yang menari untuk mengisi sesuatu di sini. Adakah kerana terlalu sebok dengan urusan yang tidak diketahui atau sudah tidak ada perasaan untuk menulis dan berkongsi sesuatu lagi wallahua'lam?

Di saat dan ketika aku menulis ini aku sudah bergelar seorang bekas mahasiswa.Satu tempoh pengajian secara formal yang dirasakan sangat panjang.Pelbagai ujian dan cabaran perlu dilalui untuk sampai ke tahap seperti sekarang.Walaubagaimanapun tempoh pembelajaran seseorang itu tidak akan pernah tamat selagi nyawanya belum diambil tuhan.

Dan sehingga saat dan ketika ini juga entah berapa kali air mata ini sering mengalir mengenang nasib diri yang entah bila boleh mampu untuk hidup berdikari. Kalau aku menurut kepada kata nafsu pasti syariat agama dibelakangkan tapi kerana kita ini punya iman dan akidah yang mana kebahagiaan akhirat itu menjadi matlamat utama semua yang menyalahi syariat itu dilawan dan dibuang sejauh-jauhnya dari fikiran ini.

Aku yakin Allah pasti mendengar doa2 dan rintihan hati hambaNya.Jika tidak dikabulkan hari ini mungkin esok atau lusa. Jika tidak di dunia pasti di akhirat ada janjinya. Aku sangat yakin bahawa setiap yang Allah takdirkan berlaku dalam hidup seseorang itu pasti ada hikmahnya.Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Pasti ada sesuatu yang lebih baik telah tertulis dan tersedia buatku suatu hari nanti.Aku akan terus menanti, berusaha dan tidak akan pernah berhenti berdoa dan merintih pada kekasihku Ya Allah yang sangat aku rindukan pertemuan denganNya.

Setiap orang punya matlamat dan cita2 dalam hidupnya.Moga Allah mempermudahkan segalanya buat diriku.Moga Allah terus menetapkan iman ku dan mengurniakan aku hidayah berterusan sepanjang hidupku.Moga Allah beri aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menghadapi segala ujian hidup yang mana jika sabar hatinya maka ia menjadi kifarah kepada dosa2 kita yang lalu.moga penghujung kehidupan kita adalan Husnul Khatimah dan beroleh merasai nikmat syurga yang tidak tergambar dek akal fikiran kita.

Wallahualam.
~rintihan hati seorang hamba yang sangat kerdil~

0 comments: