Throughout my clinical year

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam, ahli keluarga dan sahabat baginda

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Semakin hari semakin bertambah usia kita semakin dekat kita dengan kematian. Saya juga kini telah bergelar 'final year dietetics student' atau boleh dikatakan sebagai 'clinical year' yang benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran dalam diri. Kadangkala saya terfikir saya terlalu menumpukan perhatian kepada pelbagai tugasan keduniaan yang perlu diselesaikan sehari-hari dan banyak perkara perlu dipelajari, saya merasakan saya sudah jauh daripada menumpukan diri kepada urusan-urusan akhirat. Adakah pendapat saya ini benar? kadang kala kita tersalah faham di mana merasakan ibadat itu hanya di tikar solat, di masjid, mengaji quran tetapi kita lupa bahawa sebenarnya setiap yang kita lakukan sehari-hari jika diniatkan kerana Allah pasti setiap yang kita lakukan sehari-hari tidak menjadi perkara yang sia-sia di sisi Allah malah kita tetap hidup dalam ibadat.

Setiap hari yang kita lalui sehari-hari pasti menyimpan seribu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga. Bebanan tugasan yang banyak kadangkala membuatkan diri sangat tertekan sehingga merasakan seperti hendak berhenti daripada pengajian tetapi kita sebagai seorang muslim yang punya akidah dan Allah sebagai sebagai tempat pergantungan tidak seharusnya berfikiran begitu.Itu cara saya memotivasikan diri. Secara jujurnya saya malu untuk mengungkapkan perkataan 'stress'. Tiada istilah 'stress' dan putus asa patut wujud dalam diari seorang muslim. kita kan ada Allah. Kita datang daripada Allah dan kepadanya juga kita akan kembali.Segala yang berlaku di dunia semuanya dalam perancangan dan aturan Allah. Oleh itu, jika ada sebarang masalah kembalilah kepadaNya. Pasti jiwa akan menjadi tenang.

“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ar Ra'd: 28

Sebenarnya selain daripada ilmu dietetik yang saya pelajari sepanjang klinikal di wad banyak lagi ilmu lain yang saya belajar secara tidak langsung. Saya belajar untuk lebih menghargai nikmat kesihatan dan kehidupan yang mana telah ramai daripada kalangan saudara2 kita yang telah ditarik nikmat tersebut sedikit demi sedikit. Sekiranya kita diuji dengan sedikit demam, selsema, batuk, sakit perut juga sudah tidak mampu menghadapinya, pernahkah kita terfikir adik2 kecil di wad pediatrik yang diuji di usia yang masih muda di usia yang baru mahu mengenal erti kehidupan dengan pelbagai jenis penyakit? Sepanjang di wad pediatrik, hati saya selalu berdoa semoga Allah mengurniakan saya anak2 yang sihat suatu hari nanti. Saya selalu membayangkan bagaimana jika saya berada di tempat mereka. Adakah saya sekuat mereka untuk menghadapi segalanya ini. Apapun Allah menguji seseorang berdasarkan tahap kemampuan hamba2nya. Allah tahu tahap kemampuan hambanya.

Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... (Al-baqarah:286)


Sepanjang di wad juga banyak mengingatkan saya dengan kematian. Kematian yang berlaku di depan mata seharusnya menjadi pengajaran buat diri yang masih hidup. Kehidupan yang masih berbaki harus digunakan sebaiknya supaya segala amalan yang dilakukan sehari-hari membawa diri kita lebih dekat kepada Allah bukan sebaliknya. Kadang kala saya sedih mengapa saya tidak gunakan peluang bersama pesakit untuk melakukan sedikit kerja dakwah sekurang-kurangnya bertanya adakah mereka menunaikan solat. kadang kala kita sangat sedih apabila ujian penyakit yang diberikan oleh Allah sepatutnya membawakan diri lebih dekat dengan Allah tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ramai dikalangan mereka tidak solat sedangkan Allah menyediakan pelbagai rukhsah (kemudahan) untuk menunaikan solat seperti cara solat dalam keadaan sakit dan cara bertayamum bagi menggantikan wudhu' sekiranya bahagaian anggota wudhu' tidak boleh kena air. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian kita tetapi berapa ramai yang mengambil berat tentangnya?fikir2kanlah.semoga Allah terus menetapkan iman kita sehingga ke penghujung kehidupan kita.

yang baik jadikan teladan yang tidak baik jadikan sempadan..
semoga insan yang menulis ini diberi kekuatan untuk mengamalkan apa yang ditulisnya..
Wallahulam..



0 comments: