Bayaran untuk pengalaman berharga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam

Guru-guru dan pensyarah selalu mengulang-ulang bahawa perkara yang kita buat salah pada hari ini adalah perkara yang lebih kuat melekat dalam ingatan kita berbanding dengan jawapan yang kita jawab dengan betul. Begitulah juga dalam kehidupan seharian kita. Sesuatu kesilapan yang kita buat dan kita tersedar daripadanya pasti membuat kita rasa 'fobia' untuk mengulanginya bahkan menghampirinya dan menjadi pengalaman berharga yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Seorang mukmin tidak akan jatuh tersungkur dalam lubang yang sama beberapa kali. Seorang mukmin itu mengharungi kehidupannya seperti sedang melalui kawasan yang penuh dengan duri semalu. Mereka sentiasa berhati-hati dalam tindakan dan keputusan yang hendak dibuat. Walaubagaimanapun kita tidak sempurna dan seringkali melakukan kesilapan.

Saya kebiasaannya jarang ''outing'' dan cuba sedaya upaya untuk 'lari' daripada seller yang sentiasa menarik perhatian kita untuk membeli barang atau perkhidmatan. Tapi kali ini saya gagal melakukannnya. Saya tidak mampu membuat keputusan yang baik apabila dikerumuni oleh seller yang terlau ramai. Saya sedih bukan kerana wang yang hangus tapi kerana 'kebodohan' diri sendiri yang tidak mampu berfikir dan membuat keputusan dengan baik. Saya sangat2 berterima kasih kepada dua orang insan yang banyak membantu saya untuk menyelesaikan masalah ini. Salah seorang daripadanya adalah senior saya dan agak jauh lebih tua dan pengalamannya daripada saya. Dia yang banyak membantu dalam membuat rundingan. Banyak perkara yang saya belajar daripada pengalaman ini terutama daripada senior ini. Perkara yang penting adalah kita mesti ada prinsip diri yang kuat walaupun didesak dengan pelbagai cara sekalipun dan bijak untuk mencari helah supaya kita dapat mengelakkan diri daripada terpedaya dan percaya dengan kata-kata mereka. Mereka memang telah di'trained' untuk bijak bercakap dan memujuk rayu kita tetapi kita juga harus bersiap-sedia dengan idea2 yang bernas dan mantap. Adalah lebih baik jika kita mampu mengelak daripada awal2 lagi.

Saya teringat perkataan 'strict wise' yang berulang kali disebut oleh pensyarah saya Dr Shariza. Kebijaksanaan yang ada cuma mengikut yang tertulis dalam buku dan segulung ijazah tetapi apabila masuk ke dalam masyarakat, orang dengan mudah memperdaya dan menipu kita walaupun kita lulusan pusat pengajian tinggi malah mereka yang sudah bergelar professor juga dengan mudah ditipu oleh orang kebiasaan. Kita mesti bijak menggunakan ilmu di dada supaya ilmu itu tidak memakan diri sendiri.

Wallahualam...

*saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi dengan mudah diperdaya oleh golongan seperti ini. Ya Allah berilah aku kekuatan dan kemampuan untuk mengukuhkan prinsip diri dan mampu membuat keputusan yang betul dan tepat.


0 comments: