Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saya sekadar mencatat beberapa program yang saya hadir beberapa hari yang lalu. Walaupun dah banyak hari berlalu tapi kesuntukan masa menghalang saya untuk mencoretkan sesutau di sini. Alhamdulillah diberi sedikit kelapangan oleh Allah.
Program para sukarelawan Majlis Kanser Nasional(MAKNA) bersama kanak-kanak di wad onkologi HUSM(12 Mac 2010)
Secara jujurnya sepanjang sehari saya di program tersebut hati saya terus menerus tersentuh dan sebak dengan ketabahan kanak-kanak yang masih kecil dan baru nak mengenal erti kehidupan ini diuji Allah dengan penyakit kanser ini. Walaubagaimanapun Allah tidak sama sekali pernah menzalimi hamba-hambanya. pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya tak dapat bayangkan jika saya berada di tempat mereka adakah saya mampu untuk kuat dan tabah seperti mereka bagi meneruskan kehidupan.
Walaupun kita tak dapat nak memberi ubat untuk menyembuhkan mereka tapi membuat kanak-kanak ini gembira sudah cukup bagi mereka dan ibubapa mereka.
Walaupun sangat letih tapi hati saya puas kerana dapat berjumpa dan bermesra dengan kanak-kanak ini. Hujung minggu lepas memang agak padat bagi saya. Malam sebelum program MAKNA ini ada "Talk 2012" oleh ustaz Syaari dan pada masa yang sama ada "volunterism training" bersama mama Gie. Saya memang berdoa dalam hati supaya training berakhir awal dan saya dapat ke dewan untuk menghadiri "talk 2012" dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Talk ini merupakan pendedahan oleh ustaz syaari tentang konspirasi yahudi dalam usaha mereka untuk menakluk dunia ini keseluruhannya. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha mereka digagalkan oleh Allah kerana sehebat mana pun perancangan mereka tetapi perancangan Allah itu Maha hebat. Usaha memboikot barangan mereka bukanlah usaha yang harus dipandang enteng tapi ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi mereka yang mana duit yang kita sumbangkan digunakan kembalikan untuk memusnahkan negara-negara islam dan saudara-saudara seakidah kita. Allahuakbar!!!
Malam selepas program MAKNA saya juga ke dewan untuk program bicara hati: Nikah antara adat dan syariat. Semua program ini adalah sempena "Quranic Generation" anjuran MPP. Kalau ikutkan badan yang sangat letih ni memang rasa nak tidur je kat bilik tapi Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk pergi dan mengutip ilmu-ilmu berharga bak permata. Secara keseluruhannya forum ini menghuraikan tradisi masyarakat sekarang yang banyak mengamalkan adat perkahwinan yang bertentangan dengan syarak. Saya mahu ambil satu contoh yang saya sendiri alami ketika tinggal di terengganu. Bukan tujuan saya mengaibkan masyarakat terengganu dan kelantan. Saya rasa pelik sangat apabila mak bagitahu kita mesti bayar duit kalau nak pergi makan kenduri atau lebih dikenali dengan 'bekwah" oleh masyarakat di sini. Kebiasaannya ikut kerelaan hati kita sahaja nak bagi berapa duit atau tak mahu bagi langsung tapi disini memang telah ditetapkan bayaran bagi setiap kepala. Ustaz fadzli menjelaskan meminta bayaran daripada tetamu undangan memang tidak dibenarkan dalam Islam lagipun tujuan kita untuk menjemput orang makan bukan untuk menjual makanan.
Malam keesokannya kumpulan nasyid UNIC @ UNIQUE dan Hafiz Hamidun menyampaikan persembahan di dewan USMKK. Alhamdulillah sekali lagi saya diberi peluang. mendidik jiwa sambil menenangkan fikiran walaupun sebenarnya terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan.

Pada hari Khamis 11 Mac keputusan SPM diumumkan. Tahniah buat semua adik-adik di SMKA TAHAP yang berjaya. Buat adik saya yang dikasihi, ambil keputusan yang diperolehi ini sebagai titik tolak untuk berusaha lebih gigih. Insyaallah.
Sekadar ini dahulu coretan saya.
Wallahualam.

0 comments:
Post a Comment