Jangan hampirinya...

Mayat bayi ditemui berhampiran surau


Seorang anggota polis melihat mayat bayi lelaki yang ditemui berhampiran surau di sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, Klang, semalam. - Bernama


KLANG 15 Mac - Satu lagi kes buang bayi dilaporkan, kali ini berlaku berhampiran surau sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, di sini. Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui di dalam plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput di situ kira-kira 6.30 pagi.


Buang bayi : Polis tahan wanita

KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

SEGAMAT 1 Mac - Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.


Hari demi hari kita dipertontonkan di dada-dada akhbar tentang penemuan mayat bayi di merata-rata tempat. Ramai lagi yang sudah berkahwin tapi tidak punya anak tapi mereka ini dengan mudah membuang bayi mereka. Sudah hilangkan rasa belas kasihan dalam hati sebahagian masyarakat kita ini? Sedangkan binatang pun terlalu sayangkan anak mereka. Inikan pula kita manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal untuk berfikir dengan baik. Masalah buang bayi ini mungkin bermula daripada bibit-bibit perkenalan antara 2 insan yang berlainan jantina. Bermula dengan SMS kemudian dating dan akhirnya tersungkur di lembah perzinaan. Akhirnya bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Di akhirat nanti pasti anak-anak ini akan menuntut daripada kedua ibubapa mereka. Jalan yang menghampiri zina juga kita jangan dekati apatah lagi jatuh ke lembah perzinaan.sepertimana dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Budaya couple sudah menular di kalangan remaja sekarang. Bahkan sesiapa yang tidak punya pasangan semasa belajar di IPT dianggap kolot dan pelik. Biarkan apa orang nak kata yang penting adalah mengekalkan cara hidup bersyariat. Jadilah soleh dan solehah terlebih dahulu Insyaallah Lelaki yang soleh untuk perempuan yang solehah.

sampaikan walau satu ayat.

Wallahulam.


0 comments: