Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam ahli keluarga dan sahabat baginda..
Sambutan maulidur rasul pada kali ini agak istimewa kerana saya dan sahabat-sahabat seperjuangan diberi peluang untuk berada dalam program yang sangat bermakna dan bermanfaat. Pelbagai program sebenarnya boleh dirangka bagi menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah untuk mengingati perjuangan baginda dan para sahabat untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia tetapi yang penting adalah sejauh mana penghayatannya. Adakah dengan kita berarak sambil berselawat itu mampu menimbulkan kecintaan kita kepada Rasulullah ia bergantung kepada diri sendiri. Kadang kala ia lebih kepada budaya semata-mata tidak lagi menjadi ibadat dikalangan kita umat Islam. Tanpa hidayah daripada Allah serta perjuangan dan penat lelah baginda dan sahabat, tidak mungkin kita mampu untuk melafazkan syahadah dan menjadikan Islam sebagai Ad-Din pada ketika dan saat ini. Alhamdulillah. Kita seharusnya meneruskan kesinambungan perjuangan baginda untuk memastikan Islam terus subur dan berkembang di seluruh dunia Insyaallah. Jangan jadikan diri sebagai fitnah kepada Islam kerana Pengisian dan pengamalan dalam Islam itu begitu cantik. Kita harus menjadikan diri sebagai contoh terbaik supaya dakwah boleh berjalan dan secara tidak langsung disampaikan melalui akhlak terbaik yang kita tonjolkan berdasarkan anjuran Islam sebagaimana Rasulullah menjadikan dirinya sebagai qudwah hasanah(contoh tauladan terbaik).
Posted by
Rabiatul Adauwiyah Bt Mohd Pauzi
Labels:
diari

0 comments:
Post a Comment